FOLLOW+
Diary In The Line
Tuesday 14 May 2013memori tercipta :')

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT kerana masih di beri kesempatan kepada anne untuk mencoretkan sesuatu di laman ini pada hari ini.
Harapan anne semoga sahabat semua sentiasa sihat walafiat dan ceria-ceria selalu bersama keluarga tersayang.
Pejam celik pejam celik, tup tup dah second year dah anne sekarang.. Tak lama lagi nak exam final 2nd year dah pun.. Lepas tu final year, and then graduate.. Sekejap je masa berjalan.. tak sedar pun anne dah nak sampai ke penghujungnye.. lepas ni habis je study nak kahwin pulak.. tett.. haha
sebenarnya, tadi masa dengar radio Hotfm "lebih hangat daripada biasa", dorang pegi putarkan lagu "memori tercipta by Shila amzah". Seriously, mengalir air mata anne dengar lagu tu.. tau sebab apa? sebab rindu sangat zaman kat KMS dulu.. lagu tu betul-betul buat anne terkenangkan saat-saat anne study dekat kms... kenapalah anne study kejap sgt kat kms tu.. dekat kms kawan-kawan anne semuanya baik-baik.. langsung tak amek kesempatan dekat anne.. kita orang susah sama, senang sama sama, study sama, meniru exam sama sama, outing sama-sama, prank bufday sama-sama, malam-malam lepak dataran kosmek sama sama tengok bintang, pegi pantai morib, main tepi pantai, tengok matahari terbenam sama sama, malam-malam buat tutorial sama sama, bila weekend tengok movie dekat dewan kuliah ramai-ramai, layan cerita ju-on sama sama, jerit kuat kuat sama sama, bulan puasa berbuka sama sama, tadarus al quran sama sama, khatam alquran sama sama, dapat bunga telur lagi tu, lepas tu selalu buat solat dhuha bila tak ada kelas dekat surau as sufi ramai-ramai, malam-malam selalu lepak dekat depan koperasi makan ais krim, tiap malam gilir-gilir belanja makan ais krim, pastu main basikal ramai ramai, ronda-ronda sekeliling kms sampai maghrib, main dekat taman permainan belakang kafe orion, makan roti canai azri belanja kat orion, study week pegi main basketball pagi-pagi buta, main tenis dengan ray, jogging dengan atira, adek, zima, syida, nasuha, aisyah, ray, azri and matus.. huwaaa.. anne rindu semua tu.. rindu korang sangat-sangat.. rindu nak jumpa korang tiap-tiap hari, pegi kelas Dr. miranda, kena bebel dengan Dr. miranda ramai-ramai.. tiru jawapan loo masa kuiz.. wuwuwuwuw






















kalau nak sebut satu-satu, memang sampai bila pun tak habis sebab every moment yang kita lalui bersama sepanjang di kms adalah moment paling bermakna dalam hidup anne...
anne harap korang pun rindu anne macam anne rindu korang.. hope kita boley buat reunion macam hari tu lagi sekali, tapi ramaikan lagi ahli-ahlinya k :)

Diary

“You have to, take a deep breath and allow the music to flow through you. Revel in it, allow yourself to awe. When you play allow the music to break your heart with its beauty.”

Post About


Owner
♥ Assalamualaikum ♥
♥ Anne Julia ♥ 21 ♥ Sungai Besar, Selangor ♥
♥ Geneticist ♥ 2nd year degree student ♥ UKM,Bangi ♥


♪♪ My Lullaby ♪♪
Hari demi hari telah ku lewati
Tak pernah aku bersamamu lagi
Tak pernah aku menduga
Kau akan pergi tinggalkan aku

Jauh kau pergi tinggalkan diriku
Sepi hati ini membunuhku
Ku coba untuk cari penggantimu
Namun tak ada yang sepertimu
Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku terbangun dari tidurku

Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku sendiri

Ooh jauh kau pergi tinggalkan diriku
Sepi hati ini membunuhku
Ku coba untuk cari penggantimu
Namun tak ada yang sepertimu

Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku terbangun dari tidurku

Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku sendiri

(rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku terbangun dari tidurku)

Ooh rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku terbangun dari tidurku

Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku sendiri

Live Traffic Feed